Friday, July 23, 2010

Salam Pengenalan...

BismilLLAH ar Rahman ar Rahim.

Dengan nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi ALLAH swt tuhan sekelian alam. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan Muhammad S.A.W pembawa rahmat sekelian alam.

Blok Abu Abdullah Azzam atau triple 'AAA' merupakan blok untuk tatapan sosial bagi rakyat Malaysia dan luar negara yang meminati hal ehwal yang berkaitan akademik dan bukan akademik. Blok ini merupakan gelanggang perbincangan yang bertemakan "ilmu pemangkin pembangunan, iman penyuluh kemajuan dan takwa pemacu 'al-FALAH' di dunia dan akhirat".

Sesungguhnya manusia itu asal kejadiannya dari tanah dan akan kembali menjadi tanah. Asal keturunan manusia daripada Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa a.s..Allah swt menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian sebagaimana firmanNYA dalam surah at-Tin: ayat 4 yang bermaksud 'Sesungguhnya kami jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian (anugerah aqal fikiran dan panca indera)'.

Untuk itu, dalam mengkategorikan diri kita sebagai manusia yang telah dikurniakan aqal fikiran oleh ALLAH swt sebagai membezakan manusia yang beraqal dengan makhluk-makhluk lain yang tidak beraqal, maka saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan, marilah sama-sama kita gunakan gelanggang ini sebagai paltform untuk berdiskusi secara terdidik dan matang akan segala isu-isu manusiawi yang menyentuh soal agama (akidah, syariah (ibadah+muamalah) dan akhlak, soal sosial hierarki masyarakat, ekonomi, politik, sukan dan sebagainya.

Mudahan, blog ini beroleh rahmat dan hidayah dari ALLAH swt agar setiap perkara yang dibincangkan melalui blog ini mendapat redha dariNYA dan manfaat dari sudut ilmiah untuk faedah bersama..Salam perkenalan dan selamat berdiskusi.

1 comment:

  1. Dalam memburu hambatan kehidupan harian, mengapa manusia terkejar-kejar dan terburu-buru dalam memenuhi tuntutan perjalanan hidup. Dalam memnuhi kehendak dan tuntutan hidup tersebut, ada di kalangan manusia yang tersilap percaturan dan perhitungan. Yang dikatakan tersilap percaturan dan hitungan itu adalah manusia menganggap teori kehidupan di dunia ini adalah sebagai hidup mengikut arus sekadar memenuhi program dan rentak hidup yang telah disusun. Mudik ke hulu dan ke hilir tanpa mengetahui arah tujuan hidup. Hidup kosong tanpa pengisian rohani. Hidup tidak seimbang dengan pengisian lebih terarah tuntutan manusiawi dan zat nafsu. hidup menyimpang dari kasih sayang dan nikmat hubungan ukhuwwah sesama insan (hablu min al nas), apatah lagi berperasangka dalam menjalinkan hubungan dengan Si Pencipta (hablu minALLAH). Manusia akhir zaman sebagaimana mafhum hadis baginda hidup berpandukan pemikiran aqal semata-mata. Penilaian aqal terhadap sesuatu pekara, kejadian, perjalanan kehidupan, nikmat, musibah, anugerah dan sebagainya dita'akulkan berdasarkan tanggapan rasional, relevan, berpada dan pelbagai istilah yang bersifat sekularisme dan liberalisme..

    bersambung sudah..

    ReplyDelete